Pengunjung Setia :)

Friday, January 11, 2013

Setia Hujung Nyawa

Assalamualaikum :)

korang mesti tengah gila kan tengok drama slot akasia kat tv3 tu sekarang ni kan ?
yes drama adaptasi ringan from novel Setia Hujung Nyawa terbitan Karangkraf .


Actually aku pun belum baca lagi novel tu. rasanya novel tu macam baru lagi keluar lebih kurang tahun lepas rasanya . entah aku pun kurang pasti sebab tahun lepas memang aku tinggalkan semua dunia aku termasuklah blogging , baca novel . kira macam aku ni ketinggalan setahun kot pasal novel-novel terbaru kat pasaran . memang dalam masa setahun tu aku tak pegang langsung novel cintan cintun ni . Aku cuma baca novel sekolah tingkatan 4 dan 5 je , hehee

Berbalik kepada topik asal , mula-mula aku taklayan juga cerita ni .Tapi bila dah dengar member aku dok kata setia hujung nyawa ni best , aku pun cer try la tengok . makk aii , pertama kali aku layan cerita ni terus terpaut pada si Zain Hakimi lakonan Ammar Asyraf . Sebenarnya dah banyak kali aku tengok dia berlakon kat dalam drama-drama , tapi takda lah heran sangat kat dia sebab rambut dia yang ala-ala keriting megi tu kan .tapi sekali aku tengok rambut dia dah lurus ,maka aku jatuh terminat kepada beliau .Heroin dia si Ersalina Imani lakonan Nelydia Senrose tu pun not bad tau . Dia ada rupa kacukan sikit . Memang nampak menjadi lah watak childish yang dia bawa tu . Satu gandingan yang terbaik gua kata sama lu , hehe :)


 nampak tak keserasian antara mereka ? ok sila jealous para-para wanita,ibu-ibu,kakak-kakak sekalian , hehe :)

Sedikit sinopsis mengenai drama Setia Hujung Nyawa ni
*credit to www.budiey.com

Mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.
Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.
Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisihan faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis di hadapan keluarga masing-masing.
Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran. Zain amat kecewa dan mula melayan Ersalina seperti sampah. Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.
Sementara itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah pada orang baru iaitu Eriza? Apakah kesudahan bagi cinta Zain dan Ersalina?

Sinopsis dari novel :

Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.
Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

Nampak menarik kan ? Taksabar nak tunggu minggu depan untuk episod seterusnya . oh ya , my papazola dah setuju nak carikan dan belikan novel tu tau .hehe tak sabar rasanya nak tunggu dia belikan novel tu . Bersabarlah duhai hati :) We'll wait and see je sama ada dia jadi belikan ke tak . kalau ada rezeki maknanya dapatlah aku baca novel tu. Kalau tak dapat tu maknanya takda rezeki lah kan . tapi dalam hati ni masih mengharapkan supaya berkesempatan baca novel tu tau .

p/s : all pictures credit to google :) 

No comments: