Pengunjung Setia :)

Wednesday, September 04, 2013

Spagetti Bolognaise :)

Bahan-bahan ( 4-5 org )

  • 3 bawang besar-potong dadu(saya suke bawang)
  • 2 biji bawang putih-potong dadu
  • 1/2 paket ayam/daging cincang
  • 3 biji tomato-potong dadu
  • 7 biji cendawan butang-hiris(kalau suka boleh tambah kuantiti)
  • herbs-oregano secukup rase
  • sehelai daun bay.
  • setengah botol prego sos(ape2 perisa - traditional/mushroom)
  • 1 tin kecil tomato puree dan sos tomato secukup rasa
  • garam dan minyak masak
  • sedikit air
  • 1 packet spagetti
  • daun parsley utk hiasan/makan
  • Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara

  1. masak spagetti dlm air dan toskan.
  2. untuk masak kuah mule2 tumiskan bawang besar n bwg putih.
  3. masukkan ayam/daging cincang dan tomato.gaulkan
  4. masukkan tomato puree.biarkan mendidih seketika.kemudian masukkan prego sos.
  5. masukkan cendawan dan sos tomato.
  6. masukkan sedikit air.ikut kepekatan yg kamu suka.
  7. masukkan sehelai daun basil. biarkan mendidih.
  8. masukkan garam dan oregano secukup rasa.biarkan mendidih seketika.siap!
  9. boleh keluarkan dari periuk dan hidang dengan daun parsley.
  10. **boleh tmbh carrot dan bebola ayam/daging jika suka.

Monday, September 02, 2013

Resipi Sup Belut

ahan-bahan ( untuk 5 org makan )

  • Belut - 250 gram
  • Halia - 2 cm di hiris
  • Lengkuas - 2 cm di hiris
  • Serai - 2 batang
  • air asam - setengah cawan
  • garam
  • gula
  • lada hitam
  • sedikit serbuk lada sulah.
  • rempah sup bunjut
  • rempah sup
  • Bahan mayang utk menumis - 5 biji- bawang merah - 2 ulas bawang putih - 1 biji holander

Cara-cara

  1. tumiskan bahan2 yang telah dimayang.. serta masukkan halia, serai, lengkuas..
  2. kemudian masukkan air dan biarkan mereneh seketika.. serta rempah sup, serta sup bunjut..
  3. kemudian masukkan air asam, berserta, lobak, bunga kubis..
  4. masukkan isi ikan belut yang telah dipotong.. biarkan 5 minit kemudian perasakan dengan garam, gula, masukkan serbuk lada hitam berserta lada sulah..
  5. masukkan tomato.. apabila masak.. sedia untuk dihidang..

Tuesday, January 15, 2013

Terlaksana hajat beta :)

assalamualaikum wbt :)
actually semalam aku ada pergi I-City waterpark tau . Sangat gempak okey !

okey sila berkecil hati kerana tiada gambar bukti yang diambil , MALAS punya orang . :) hehe

ok aku pergi dengan my best friend forever , Alia :)
actually tak rancang pun nak pergi ni..then pagi tu alia call aku tanya nak ikut tak?.aku pula fikir nak pergi ke tak , nak pergi ke tak? :) hehe 

sebenarnya time i-city waterpark baru dibuka dan diiklankan kat tv3,aku tengok orang yang naik tornado ride tu macam best je..aku pun pasang la angan-angan nak pergi sana..Tapi waktu tu terfikir jugak,zaman bila lah tercapai hajat ku yang satu nii..dok mengimul-ngimul kat syaz,nah kau se das aku kena tepek ' Tempat tu mahal lah , tak payah lah pergi '

Lepastu a few weeks ago,my former neighbour waktu kat damansara dulu ada i.m dengan aku,katanya baru pergi and best gila i-city waterpark tu..then aku pun terbayang-bayang lagi tornado ride tu kan..Then sekali lagi adegan ngimul-ngimulan tiba..kali ni aku ngimul-ngimul dalam hati okey !

 sila maklum bahawa gambar manusia di atas adalah bukan aku :)

haha time sampai-sampai je kat tempat parking,hati aku dah berkobar-kobar nak naik tornado ride ni..
sekali dah tukar baju apa semua,dengan semangatnya aku dan 'tentera' aku pun semangat cari port mana lah si tornado ride tu duduk ye..sekali sampai , orang yang jaga tu cakap tornado ride ditutup sementara lah..orang tu nak makan sekejap.tunggu bentar ye..pergi 'main' tempat lain dulu..haha

aduhh dalam hati ni,ish cepatlah orang tu makan,aku dah berkobar-kobar..lebih kurang 30 minutes later, we came back lah kan,then naik tangga dia yang tinggi macam batu caves tu..memang hazab gila gua kata..termengah-mengah aku kau tahu ? memang kau tak tahu pun kan ? haha

Sampai je puncak atas nun,hati aku dupdap dupdap dupdap rasa jantung nak tercabut pun ada tahu tak..then teringat lah pula kata neighbour aku tuu..

  Memang ngeri wehh kalau naik benda tu,rasa jantung  macam nak tercabut ,sumpah sekali je lah acik naik.Lepastu taubat takmau naik dahh :)

Time tu macam-macam aku fikir, kalau aku mati tercampak macam mana ? Kalau tiba-tiba aku terlepas pemegang pelampung tu macam mana? Tapi nak 'cover cun' punya pasal,aku pun buat-buat steady rock lah.takkan aku nak menyerah kalah sebelum bertanding..malu besar beb..orang ramai beratur-atur nak naik benda tu..mula-mula gerak tu aku dah rasa kecut perut siap menjerit-jerit kau tahu?haha paling ngeri time nak tercampak ke dalam tornado tu lahh..walaupun hanya 28saat sahaja..itu memang betul-betul kecut perut , memang aku rasa jantung nak tercabut,perut nak terburai,nyawa nak melayang..macam-macam boleh jadi dalam masa 28saat tu kan?

disebabkan aku memang mengalami batuk-batuk yang a little bit teruk jugak lah sebab dah 2minggu tak kebah-kebah kan..time dia tengah slide ke atas boleh pula aku terbatuk-batuk..haha sampai je kat bawah nun , memang sakit dada lah gamaknya sebab terkejut 1 hal,batuk-batuk lagi..nasib aku tak pengsan..

then lepastu kitaorang pun try Rainbow Racer Slide .


ouh kali ni memang aku takboleh nak cover cun..aku tarik diri sebelum berjuang..hehe :)
mula-mula hampar carpet,then kau meniarap lepastu kau luncur ke bawah..
siapa gemuk dia sampai dulu,yang kurus ala-ala keding tu maka kau akan tersekat di tengah jalan , hehe
time tu aku dah meniarap then pegang pemegang tu..tapi sebelum tu aku memang dah meroyan-royan dengan member aku kata taknak naik - taknak naik .then orang yang jaga tu lepaskan aku and orang sebelah aku..baru suku jalan,aku lepaskan karpet tu *okey sila jangan tiru aksi ini* then aku paut kaki orang yang jaga tu..haha nasib orang tu tak jatuh..then kawan aku cari manalah si nabila ni tak sampai-sampai ke bawah , rupa-rupanya i dah sampai kat atas . hahaha

dorang semua gelakkan aku okey , memang malu kot..tapi takpa yang penting yang paling extreme and yang paling ngeri (tornado ride) aku dah lulus haha :) hebat tak aku ?

then kitaorang try River Cruise . maaf gambar malas nak google :)
okey yang ini syok la juga sebab kitaorang main kejar-kejar,main tolak-tolak..siapa sampai dulu dia menang..haha kira mcm childish sikit kitaorang kat sini..bukan selalu kan ..

last sekali kitaorang perkena lagi tornado ride sebelom balik..kali ni hilang semua rasa takut,kecut perut semuanya..aku naik kali ni tenang je..cuma a little bit mengah la waktu nak mendaki tangga tu..time tu kitaorang semua jerit-jerit keseronokan kot..ye la mula-mula takut memang rasa terkedu jugak lah..kali kedua..emmmhhh lu ajak 10 kali pun gua tak goyang lah beb ! haha

hahaha , apa-apapun memang gempak lah picnic ala-ala yang tak dirancang ni kan..memang syok gila..thanks kawanku,lu orang memang terbaik wa cakap ! haha (y)

p/s : gambar-gambar di atas dicilok dari google , harap bertabah haha :)   

Friday, January 11, 2013

Setia Hujung Nyawa

Assalamualaikum :)

korang mesti tengah gila kan tengok drama slot akasia kat tv3 tu sekarang ni kan ?
yes drama adaptasi ringan from novel Setia Hujung Nyawa terbitan Karangkraf .


Actually aku pun belum baca lagi novel tu. rasanya novel tu macam baru lagi keluar lebih kurang tahun lepas rasanya . entah aku pun kurang pasti sebab tahun lepas memang aku tinggalkan semua dunia aku termasuklah blogging , baca novel . kira macam aku ni ketinggalan setahun kot pasal novel-novel terbaru kat pasaran . memang dalam masa setahun tu aku tak pegang langsung novel cintan cintun ni . Aku cuma baca novel sekolah tingkatan 4 dan 5 je , hehee

Berbalik kepada topik asal , mula-mula aku taklayan juga cerita ni .Tapi bila dah dengar member aku dok kata setia hujung nyawa ni best , aku pun cer try la tengok . makk aii , pertama kali aku layan cerita ni terus terpaut pada si Zain Hakimi lakonan Ammar Asyraf . Sebenarnya dah banyak kali aku tengok dia berlakon kat dalam drama-drama , tapi takda lah heran sangat kat dia sebab rambut dia yang ala-ala keriting megi tu kan .tapi sekali aku tengok rambut dia dah lurus ,maka aku jatuh terminat kepada beliau .Heroin dia si Ersalina Imani lakonan Nelydia Senrose tu pun not bad tau . Dia ada rupa kacukan sikit . Memang nampak menjadi lah watak childish yang dia bawa tu . Satu gandingan yang terbaik gua kata sama lu , hehe :)


 nampak tak keserasian antara mereka ? ok sila jealous para-para wanita,ibu-ibu,kakak-kakak sekalian , hehe :)

Sedikit sinopsis mengenai drama Setia Hujung Nyawa ni
*credit to www.budiey.com

Mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.
Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.
Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisihan faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis di hadapan keluarga masing-masing.
Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran. Zain amat kecewa dan mula melayan Ersalina seperti sampah. Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.
Sementara itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah pada orang baru iaitu Eriza? Apakah kesudahan bagi cinta Zain dan Ersalina?

Sinopsis dari novel :

Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.
Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

Nampak menarik kan ? Taksabar nak tunggu minggu depan untuk episod seterusnya . oh ya , my papazola dah setuju nak carikan dan belikan novel tu tau .hehe tak sabar rasanya nak tunggu dia belikan novel tu . Bersabarlah duhai hati :) We'll wait and see je sama ada dia jadi belikan ke tak . kalau ada rezeki maknanya dapatlah aku baca novel tu. Kalau tak dapat tu maknanya takda rezeki lah kan . tapi dalam hati ni masih mengharapkan supaya berkesempatan baca novel tu tau .

p/s : all pictures credit to google :) 

Monday, January 07, 2013

This is me # Fatin Nabila

Assalamualaikum wbt .

first entry for this blog :)
actually aku dah lama men'jebak'kan diri dalam dunia blogging ni , lebih kurang dalam tahun 2011 la..
but disebabkan aku ni pelajar spm (2012) , aku terpaksa lupakan sekejap dunia blogging . sbb spm just around the corner ja kan time tu . now aku dah merdeka ! merdeka ke ? *-*

haha , ini lah aku 
yes , this is me :)
#Fatin Nabila
#14 September 1995
#950914-xx-xxxx
#In a relationship with someone :)
#Pelajar lepasan SPM'12
#Penganggur terhormat
#Live in hujung ceruk Sungai Buloh, dalam hutan ;)
#Seorang yang kuat makan , suka makan dan hantu makan
#Seorang yang gemuk dan tembam sikit , auuuwww
#Taksuka diet , bagi aku diet sangat-sangat menyeksakan
#Peramah , talkative,suka berkawan
#Paling benci orang yang hipokrit,suka cakap besar kononnya berangan nak jadi CEO ,tapi tiada usaha
#Mempunyai sifat sedikit childish, hehe
okay thats all about me .
sekian terima kasih :)